03 5523 6092
kedai@denaihati.com

Product Info

Weight N/A

YUYA YUYA by Abie Abdullah

RM25.90RM29.90

Clear
SKU: N/A Categories: ,

Info

ABIE ABDULLAH
YUYA YUYA
ISBN 9789671454503

Novel terbaik oleh Abie Abdullah, seorang bekas wartawan hiburan yang sekian lama menyimpan segala macam khazanah realiti kehidupan dalam industri media dan hiburan tanahair.

Status artis tampak bercahaya glamour. Dipancarkan pujian yang menaikkan adrenalin pemegang status. Pujian yang akan membuatkan mereka mendabik dada. Akulah yang terbaik. Tiada yang layak untuk mengkritik mereka yang menjulang takhta populariti.

Kewartawanan hiburan juga semkain berbeza. Mengikut trending fiil semasa. Cuma yang tiada bezanya, mereka masih berlandaskan gosip untuk terus bernafas di dalam penulisan. Tiada keperluan buat mereka untuk memberitahu masyarakat tidak suka dan suatu keinginan masa buat mereka untuk menulis sesuatu yang menaikkan martabat industri seni Melayu.

Kiera Miera makin mengerti kehidupan sebagai artis. Minat sahaja tidak mencukupi untuk menggalas status artis. Sisi gelap yang menjadi cerita benar manusia seni ini juga dilaluinya. Bukan saja pelakon seperti Kiera Miera tetapi sebagai wartawan hiburan. Adda Karim juga terkena percikan api glamour sang artis. Kehadiran Laila Latasya. sebuah watak yang memberikan keinsafan buat Kiera Miera tentang rapuhnya maruah seseorang demi cinta. Marissa Malik dan Deana Kirana pula menghuru-harakan karier Kiera Miera tetapi mereka jugalah yang membuatkan Kiera Miera faham permainan industri. Ameer Aqeem pula menyimpulkan keseluruhan cerita industri hiburan yang menjadikan Kiera Miera semakin seram untuk meneruskan kerjayanya.

Apakah persediaan Kiera Miera seterusnya? Kiera Miera, memandang jauh ke kaki langit.

YUYAYUYA sebah fiksyen jurnalisme yang berlandaskan cerita besar sebuah industri yang dipanggil hiburan Melayu.