03 5523 6092 019 2372347
kedai@denaihati.com

Lembu Kemboja (Qurban)

RM400.00

Pay in Full Pay with Payment Plans

Info

Lembu untuk Qurban di Kemboja.

Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan alQuran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36. Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah). Ibadah ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya ‘Idul Adha, atau Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Dalam pelaksanaan ibadah qurban ini, selain ia diuruskan secara individu, ada syarikat atau agensi pengurusan qurban menawarkan perkhidmatan mengurus qurban sebagai satu perniagaan kepada mereka yang memerlukan. Cara ini termasuk urusan atas talian yang dianggap lebih cepat dan senang tanpa melalui proses ‘turun padang’ untuk melaksanakan ibadah qurban.

Adapun tempoh bagi menjalankan ibadah qurban tersebut adalah bermula dari selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah dan pada Hari Tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Ianya disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari: Dari Al Bara’ bin ‘Azib r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin”.

Dimana nak laksanakan qurban? Dimana-mana saja yang anda fikir mudah. Kalau nak buat secara online dan nak bantu saudara Islam di Kemboja & seluruh dunia dengan harga qurban yang murah boleh laksanakan dengan tempahan yang diuruskan oleh pihak Denaihati.

Hanya RM400 untuk satu bahagian lembu di Kemboja.

Tempah segera lembu Qurban di Kemboja.