03 5523 6092 019 2372347
kedai@denaihati.com

Kambing Mekah Aqiqah

RM650.00

Pay in Full Pay with Payment Plans

Info

Fadhilat ibadah Aqiqah

Aqiqah ialah suatu ibadat berbentuk penyembelihan binatang tertentu sebagai tanda gembira dan bersyukur kerana kelahiran zuriat.

Hukum aqiqah dalam mazhab Syafi’e adalah sunat muakkadah iaitu sunat yang hampir kepada wajib. Tanggungjawab aqiqah dikenakan ke atas orang yang wajib memberi nafkah kepada anak yang diaqiqahkan iaitu bapa.

Bagi anak lelaki disembelih dua ekor kambing atau dua bahagian dari lembu atau unta. Bagi anak perempuan pula seekor kambing atau 1 bahagian lembu atau unta.

Dalil pensyariatan aqiqah ada disebutkan dalam hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dalam kitab sahihnya yang bermaksud:

“bersama anak yang dilahirkan ada aqiqahnya yang perlu dilaksanakan maka sembelihlah bagi pihaknya dan buanglah kotoran rambut dengan mencukur rambut anak itu.”

 

“Alhamdulillah untuk tahun ke lima Denaihati Resources bersedia memberi khidmat untuk tempahan qurban dan aqiqah kambing di Mekah pada harga yang berpatutan pasti lebih murah dari di Malaysia”

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun”

Melihat kepada kelebihan yang Allah berikan kepada ibu bapa dan bayi yang diaqiqahkan, maka diharapkan bakal ibu bapa akan memasukkan bajet menjalankan aqiqah anak dalam senarai membuat persiapan kelairan bayi.

 

Tempah Segera Kambing Aqiqah di Mekah