03 5523 6092
kedai@denaihati.com

27 Taktik Mengorat Media

RM79.00

Kategori: Tags: ,

Info

Ramai antara kita teringin untuk ditemubual wartawan. Apatah lagi yang punya bisnes, mahu akhbar atau televisyen menyiarkan produk masing-masing. Biar seantero negara tahu kewujudan dan kebaikan produk mereka. Kadang-kadang cemburu melihat rakan dan produknya diwar-warkan media.

Namun bagaimana caranya untuk anda juga ‘masuk suratkhabar’ atau TV? Kalau punya modal besar, cara terbaik adalah membeli iklan di akhbar, radio atau TV. Bagaimanapun perlu ingat, media arus perdana menuntut pelaburan yang besar sebagaimana kredibiliti yang ditawarkan mereka. Cuba tanya berapa satu muka surat Harian Metro? Kosmo? Sinar?
Inilah gunanya E-BOOK 27 TAKTIK MENGORAT MEDIA. Bayangkan ada 27 cara untuk anda masuk media arus perdana. Tak perlu kesemua taktik itu sebenarnya, anda perlu praktikkan satu atau dua sudah cukup untuk menjadi pasport produk anda masuk suratkhabar.
Buku ini ditulis oleh bekas editor di Harian Metro selama lebih 20 tahun, ABIE ABDULLAH dan kini beliau aktif sebagai PUBLISIS untuk mempromosikan produk atau servis ke dalam media arus perdana.

SIAPA ABIE ABDULLAH?

Abie Abdullah bukan nama asing di dalam dunia media dan kewartawanan Malaysia. Lebih 20 tahun bermain dalam gelanggang dan setia bersama Harian Metro (Media Prima Berhad), menjadikan ikon ini masak dengan industri media arus perdana dan media digital.

Selain menjadi Ghostwriter kepada belasan individu dan syarikat, Abie juga menulis novel, biografi, lirik lagu, skrip drama serta penasihat media untuk para usahawan. Antara buku yang ditulisnya ialah biografi Datuk Ahmad Nawab dan Datuk Sheila Majid serta buku inspirasi dan perniagaan seperti Mudahnya Berniaga (Dr Azizan Osman), Fizo Omar dan Bangkit Bila Bankrap (Fizo Omar), Ejen Leo (Leo Adi Putra) dan Formula Sifu FB Ads (Sifu Jamal). Beliau juga dikenali sebagai sifu penulisan untuk mereka yang ingin menghasilkan buku pertama.

Ebook 27 TAKTIK MENGORAT MEDIA ini adalah hasil pemerhatian dan pengalaman beliau bagaimana anda boleh mendekati rakan-rakan media dengan mudah dan mesra. InsyaAllah!